Usaha menjatuhkan kerajaan mungkin membawa kearah darurat

By , in Politics on . Tagged width:

LETTER TO NMT – Ada dua penyakit yang perlu ditanggani oleh kerajaan ketika ini iaitu wabak Covid-19 dan penyakit gila kuasa yang dicetuskan oleh kelompok politik mahu menjatuhkan kerajaan.

Sudah pasti persediaan tahap tertinggi kerajaan melalui Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi barisan hadapan menanggani wabak Covid-19 yang mendapat pengiktirafan WHO, jangan lupa negara ini adalah antara lima negara antarabangsa yang paling sukses dalam usaha kawalan dan menanggani wabak Covid-19.

Selepas PRN Sabah, gelombang ketiga Covid-19 melanda ibarat setitik asid yang meruap merebak di dalam setempayan air. Situasi itu kemudiannya telah diambil kesempatan oleh segelintir politikus untuk menumbangkan kerajaan.

Ini suatu kerja jahat dan sabotaj terang-terangan. Ia ketara ‘power hunger’ tanpa pedulikan nyawa masyarakat. Jangan lupa juga, kerana pemuka-pemuka PH jugalah yang bersetuju dan meyokong PRN Sabah diadakan.

Kemudian kini mereka menjadi tukang putar belit menyalahkan kerajaan kononnya gagal mengawal peningkatan kes covid. Buka hati dan jangan jadi penghasut sial. Mereka jugalah yang mencetuskan kegusaran awam dan penipuan politik. Maka ditekan lagi, ini adalah tindakan khianat dan jahat. Pepatah lama menyebutnya ‘ibarat menangguk di air yang keruh’.

Kita beruntung kerana ada YDP Agong Al Sultan Abdullah yang bijak menilai situasi semasa. Itu pun Baginda masih berlembut bahasa walaupun tegas meminta segelintir politikus bermuhasabah diri agar jangan menimbulkan ketidaktentuan politik.

Politikus pembangkang jangan fikir mereka akan mendapat ‘keuntungan maha besar’ melalui situasi semasa Covid-19 untuk memanipulasi rakyat. Itu cara yang salah dan TIDAK PATRIOTIK.

Waktu ini juga sesuai semua kelompok politik melaksanakan ‘gencatan senjata’. Harus ada kebersamaan politik menanggani wabak, bukan sibuk menekan kerajaan dengan hal ‘usul undi tak percaya’ ke atas PM. Jika anda laksanakan juga, sahih anda bukan negarawan dan tidak patriotik.

Sekiranya masih mahu berpolitik, mungkin patut dibubarkan sahaja parlimen. Berpolitiklah sepuas-puasnya walaupun rakyat terpaksa menyabung nyawa untuk keluar mengundi beramai-ramai.

Kalau susah sangat, mungkin YDP Agong boleh mengisytiharkan darurat sahaja supaya kerajaan Baginda dapat melaksanakan apa yang patut dibuat untuk menakhoda kapal Malaysia ini keluar dari launtan bergelora COVID19 tanpa diganggu gugat oleh pihak politikus tidak bertanggungjawab.

MUSTAPHA KAMAL AL-ATUK adalah nama pena penulis.

*Penulisan di atas adalah pandangan penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan New Malaysia Times.

Recommended articles