KUALA LUMPUR, 30 Nov – Blok pembangkang Pakatan Harapan dan sekutunya telah gagal dalam percubaan mereka untuk menggagalkan kelulusan bajet untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam yang diletakkan di dalam bajet untuk Jabatan Perdana Menteri.
Undian untuk meluluskan bajet Jabatan Perdana Menteri semalam hanya mendapat 105 undi, manakala 95 menolaknya dan 20 ahli Dewan Rakyat tidak hadir.
Keputusan 95 ahli pembangkang untuk menolak bajet ini jelas menunjukkan mereka menolak bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.
Pembangkang menolak peruntukan untuk JAKIM
Penolakan pembangkang terhadap bajet perbekalan untuk Jabatan Perdana Menteri semalam sekaligus menolak peruntukan RM1.4 billion kepada Jabatan Kenajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peningkatan sebanyak RM100 juta daripada tahun yang lalu juga turut dipersoalkan oleh pembangkang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, peningkatan bajet tersebut antara lain adalah kerana pemberian kenaikan elaun Guru KAFA, yang mana mereka akan menerima kenaikkan kadar elaun daripada RM900 kepada RM1000 ringgit sebulan (RM42 juta). Manakala para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir dan Guru KAFA akan turut menerima bayaran khas one-off sebanyak 500 ringgit.
Antara lain, bajet perbekalan tersebut penting untuk membayar gaji dan elaun 14373 orang Imam, 15766 orang bilal,noja/siak/marbut, 35000 Guru KAFA, dan 4000 orang Guru Takmir.
Kerajaan juga telah sebelum ini membuat pengumuman inisiatif Pendidikan Islam dan Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada 15 ribu pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok.
Menteri Agama bersyukur bajet diluluskan walau mendapat tentangan pembangkang
“Alhamdulillah, Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM),” kata Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Facebook beliau.
Kebanyakan komen netizen di laman Facebook beliau menyokong kelulusan bajet tersebut. Beberapa komen netizen agak marah dengan tindakan pembangkang kerana dilihat sebagai tindakan bersifat anti-Islam.
-NMT
More Stories
Maulidur Rasul: Leaders Call to Reflect On Prophet’s Teachings
Penang Cops Probe Into Fast Food Allegedly Insulting Islam
Empowering Huffaz Generation To Contribute As Professionals