Kuala Lumpur, 12 May — Prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia yang terpaksa berhari raya dalam suasana norma baharu tahun ini dan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah bersepakat untuk menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai pukul 10.00 malam pada 12 Mei 2021 (Rabu) hingga pukul 10.00 pagi pada 13 Mei 2021 (Khamis) iaitu hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini dapat dinikmati semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi berikut:
Celcom Digi Maxis REDtone TMUnifi TIMEdotCom Tune Talk U Mobile
Yoodo YES
Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini.

Saya berharap kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia untuk terus saling berhubung dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga tersayang serta rakan taulan, walaupun aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjungi tidak dibenarkan di bawah PKP yang berkuat kuasa mulai 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.
Terima kasih kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan COVID-19. Sama-sama kita berdoa agar lekuk pandemik ini dapat dilandaikan dengan pengorbanan dan usaha semua pihak. InsyaAllah kita semua akan dapat meneruskan kehidupan dan kelangsungan hidup, untuk masa depan yang lebih baik.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
More Stories
New Bill Replacing Repealed AUKU Will Preserve Students’ Freedom Of Expression, Says DPM Ahmad Zahid
Connection Between Drug Smuggling Surge And Death Penalty Abolition Unproven, Says PM Anwar
MCMC Removes Nearly 725,000 Gambling Contents, Blocks 2,603 Websites Through Joint Enforcement