DAP gesa Amerika jangan laksana DOTC demi Palestin

By , in Politics World on . Tagged width: , , , , ,

KUALA LUMPUR, Jan 30 – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa Amerika Syarikat agar tidak melaksanakan pelan “Deal of the Century” (DOTC) atas faktor yang pelan tersebut akan menggugat usaha yang telah dijalankan berdekad-dekad lamanya bagi mencapai perdamaian di bumi Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Teo Nie Ching, Setiausaha Antarabangsa parti tersebut, DOTC dikatakan sebagai berat sebelah kepada Israel dan ia diputuskan tanpa perbincangan dan persetujuan bersama rakyat Palestin.

Teo menyatakan bahawa tindakan unilateral Israel-Amerika Syarikat dalam tempoh tiga tahun ini terutamanya dalam isu pengisytiharan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel, penggubalan “undang-undang negara Yahudi” bercirikan apartheid dan pengumuman DOTC sememangnya adalah penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Sekiranya perkara ini berlaku, Amerika Syarikat secara langsung menidakkan usaha pelbagai pihak selama ini untuk membawa perdamaian dalam konflik Timur Tengah,” kata Teo dalam kenyataan tersebut.

“DAP menyeru agar semua pihak kembali ke meja rundingan terutamanya berdasarkan prinsip yang telah diterima semua dan mengambil kira rakyat Palestin yang merupakan suara paling penting dalam isu ini,” kata Teo lagi.

DOTC

Trump bakal umum DOTC minggu depan

Baru-baru ini media antarabangsa melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mungkin mendedahkan DOTC menjelang lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke negara kuasa besar itu minggu depan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Rumah Putih dilaporkan, berkata Trump mempelawa Netanyahu dan saingan politiknya, Benny Gantz, untuk melawat Washington dan pelan ‘damai’ Trump itu akan diumumkan.

NMT