Malaysia beri komitmen tinggi menyokong perjuangan Palestin – Saifuddin

By , in Nation on .

Kuala Lumpur, Nov 27 — Menteri Luar Negeri, Dato Saifuddin Abdullah dalam satu ciapan Twitter hari ini menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan Palestin menentang Israel.

Kita berpegang teguh atas pendirian sokongan kepada perjuangan Palestin dan tidak berkompromi termasuk dalam isu sukan atau lain lain perkara.”

Ciapan itu adalah ciapan balas kepada pandangan Haresh Deol, seorang wartawan yang tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan Malaysia untuk tidak memberi pelepasan visa kepada pemain squash Israel untuk satu kejohanan di sini pada Disember akan datang.

Menurut Haresh, tindakan itu akan memberi kesan tidak baik hubungan peringkat antarabangsa dan perbadanan dunia.

palestin

Sejak kemerdekaan, Malaysia tidak pernah mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar luar negeri Malaysia juga sentiasa menyokong perjuangan Palestin.

Saifuddin dalam satu kenyataan media pada Oktober lalu berkata Malaysia berpegang pada komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyokong perjuangan Palestin menentang penjajahan haram Israel yang berterusan serta penindasan sistematik di bumi Palestin.

Ketegasan kerajaan Malaysia dalam pendirian untuk tidak berkompromi dengan sokongan kepada Palestin termasuk sukan bukan perkara baru.

Sebelum ini, Malaysia juga melarang atlet-para Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia ke-9 yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2020, di Kuching, Sarawak.

Kali terakhir Malaysia pernah membenarkan pasukan sukan Israel masuk ke negara adalah 21 Mac 1997, iaitu untuk kejohanan kriket antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur.

NMT

Recommended articles