PROKLAMASI DARURAT JAGA KEPENTINGAN RAKYAT : WILLIE

By , in Nation on .

KUCHING, 13 APRIL : Seluruh lapisan masyarakat harus memahami dan mematuhi proklamasi darurat yang sedang dilaksanakan pada masa ini sehingga berakhir 01 Ogos depan.

Menurut YB Datuk Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pengisytiharan darurat dilakukan berikutan pandemik COVID-19 di negara ini semakin membimbangkan.

“Ianya dilakukan kerana mengambil kira faktor keselamatan rakyat, ekonomi, ketenteraman awam dan memberi tumpuan khas kepada kerajaan serta semua pihak untuk sama-sama membasmi penularan wabak ini” katanya.

11 Januari lalu Perdana Menteri telah membuat pengisytiharan darurat atas perkenan Yang Dipertuan Agong mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bertujuan memerangi COVID-19.

proklamasi

Willie yang juga Ahli Parlimen P198 Puncak mengajak seluruh elemen masyarakat agar menghormati proklamasi darurat ini demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata demikian sempena majlis Program Malaysia Prihatin anjuran jabatan Penerangan Malaysia (JPM) di dewan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) di sini pagi tadi.

Turut hadir ialah Datuk Ik Pahon (Timbalan Setiausaha Tetap Kerajaan Negeri merangkap Presiden DBNA), Encik Chali @ Charlie Unggang (Timbalan Presiden DBNA), Encik Sadiqi Hashim (Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara, MKN Sarawak) dan Puan Magdelina Alfred Deho (Pegawai Penerangan Bahagian Kuching).

Laporan : Musa Syaid

Recommended articles